Kenduri Besar Songlap Duit Rakyat 

Sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk projek-projek pembangunan rakyat di Sabah dipercayai telah diseleweng antara 2009 hingga 2015 lalu. Menurut SPRM, skandal songlap wang ini adalah antara yang terbesar di Malaysia.

Jumlah mega tersebut adalah nilai yang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun seorang bekas menteri Kabinet Persekutuan dan tiga individu yang ditahan baru-baru ini.

Songlap

Kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan dalam skandal songlap wang di Sabah. Ini termasuk penahanan Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony. Untuk makluman, Datuk Peter merupakan seorang ahli perniagaan sebelum menyertai arena politik. Beliau dikatakan antara yang pernah mendapat kontrak daripada pihak KKLW.

Songlap
Datuk Peter Anthony

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM7.5 bilion dana yang disalurkan ke Sabah melalui KKLW. Peruntukan tersebut adalah untuk projek-projek infrastruktur rakyat membabitkan bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan raya di negeri Sabah.

BACA JUGA :   Isu Skandal Rasuah Melibatkan MB Johor, Ini Respon Khaled Nordin

Penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah itu dilakukan menerusi pelbagai cara. Antaranya adalah melibatkan tuntutan palsu dan projek tertentu yang sengaja dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ini mencetuskan satu lagi spekulasi yang besar. Adakah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang merupakan menteri KKLW pada ketika itu turut terlibat ? Agak tidak logik sekiranya jumlah sebanyak itu berjaya disonglap tanpa pengetahuan menteri.

Songlap
Datu Seri Shafie Apdal, Menteri KKLW pada ketika itu.

Kes korupsi ini mengakibatkan rakyat khususnya di luar bandar di Sabah tidak dapat menikmati banyak kemudahan. Jadi tidak hairanlah mengapa Sabah yang merupakan salah satu negeri terkaya di Malaysia tetapi rakyatnya terus hidup serba daif dan kekurangan.

Songlap

Awal minggu ini, SPRM telah berjaya menyita wang tunai sebanyak RM29 juta dan sebelum itu kira-kira RM150 juta hasil siasatan daripada kes penyelewengan wang berkenaan.

BACA JUGA :   Penganjur Mr Cute Sabah 2018 Buat Laporan Polis
BACA : SPRM Dapati Kementerian Kerajaan Bersubahat ‘Songlap’ RM 100 Juta Dana Projek Di Sabah

Diharapkan SPRM kekal telus dan jujur dalam menyiasat kes ini. Individu-individu yang bertanggungjawab mencuri hak rakyat ini harus dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Teruskan like FB page Deenamik ataupun layari Deenamik.com untuk dapatkan info-info terkini serta isu viral dari dalam dan luar negara.


Sumber :

– Agensi/Mynewshub.cc

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Terendah Di Malaysia!
Daulah.com  

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here