Sumber foto : Antarapos

Sokongan Malaysia Terhadap Palestin

Baru-baru ini, terdapat desas-desus mengatakan Malaysia akan membuka kedutaan besar di Baitulmaqdis sebagai langkah mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Palestin. Walaubagaimanapun, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat kerajaan.

kedutaan

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan keperluan Malaysia membuka kedutaan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang.

“Keputusan tersebut memerlukan persetujuan dan pendapat jemaah Menteri serta pelbagai pihak lain. Ia tidak boleh sewenang-wenangnya diputuskan kerana melibatkan aspek ekonomi dan keselamatan,”ujar Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas.

Mesyuarat Kabinet hari ini yang merupakan mesyuarat terakhir bagi 2017 belum membincangkan perkara tersebut. Ini sekaligus bermakna perbincangan tersebut akan dibawa dalam mesyuarat seterusnya.

BACA JUGA :   Gagal Bayar Cukai Pendapatan, Najib Terima Notis Kebankrapan Dari LHDN

“Tunggu PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak balik dahulu dari lawatan rasmi ke beberapa negara). Ini akan jadi agenda 2018,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga menggesa parti-parti pembangkang supaya turut sama menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat. Tegasnya, semua pihak haruslah berganding bahu mencari penyelesaian bagi isu Baitulmaqdis ini tanpa mengambil kira perbezaan politik.

kedutaan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Sebanyak 250 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk NGO bukan Islam serta parti-parti politik akan menyertai himpunan itu yang turut dihadiri Datuk Seri Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia.

BACA JUGA :   Penjawat Awam Di Johor Bakal Terima Bonus Lebih RM1,500 Daripada Kerajaan Negeri
kedutaan
Kota bergolak Baitumaqdis. Sumber foto : ISMAweb

Diharapkan masyarakat Islam dapat sama-sama bersatu bagi membela nasib Palestin yang sekian lama ditandas tangan-tangan kejam Barat dan juga rejim Zionis.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Kredit : Artikel ini dipetik dan diolah daripada BERNAMA

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here