Menurut satu pendedahan yang dibongkarkan oleh media arus perdana beberapa hari yang lalu, para pengemis di Johor Bahru dilaporkan berjaya mengutip kira-kira RM10K sebulan.

pengemis

Seperti yang dilaporkan NST, pengemis di bandar JB dianggarkan menerima purata RM300 setiap hari dan sebahagian daripada mereka menerima RM10K sebulan. Yang anehnya, mereka sanggup melakukan pelbagai cara untuk meloloskan diri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara taktik yang sering dilakukan adalah menukar ‘port’ mereka dan mengubah masa mengutip wang. Mereka juga sering menyasarkan untuk meminta wang daripada pemandu di jalan raya ketika lampu isyarat merah .

Salah seorang pegawai JKM Johor Bahru, Normawarni Mahat menjelaskan bahawa “Mereka melakukan kegiatan tersebut ketika lampu isyarat merah kerana pada masa itu selalunya mereka akan menerima wang lebih.

pengemis

“Di lampu isyarat merah juga senang untuk mereka melarikan diri sekiranya terlihat kenderaan pihak penguatkuasa”, katanya.

BACA JUGA :   Lelaki Ditikam, Dilanggar Di Stesen Minyak Johor Bahru

Walaubagaimanapun, JKM masih berjaya menangkap sebilangan pengemis dan menyelamatkan mereka daripada terus mengemis. Di antara mereka yang ditangkap JKM adalah 2 wanita Rohingya berusia 30-an, empat kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun, seorang lelaki Vietnam yang kurang upaya dan 3 lelaki Malaysia berusia 50 hingga 60 tahun.

“Ketiga-tiga lelaki warga Malaysia itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 pada 2016. Pada masa itu, mereka dibebaskan dengan amaran tidak melakukan kesalahan yang sama. Walaubagaimanapun, setelah ditangkap kerana didapati banyak kali mengemis, mereka dihantar ke pusat kebajikan pada tahun lepas untuk menjalani pemulihan”, tambah Normawarni.

pengemis

Justeru, JKM menyeru kepada orang ramai agar agar berhenti memberikan wang kepada pengemis kerana perkara itu hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hal itu akan menggalakkan lagi mereka untuk meneruskan kegiatan mengemis kerana mereka merasakan itu adalah cara paling senang untuk mendapatkan duit.

BACA JUGA :   4 Restoran Terbaik Yang Wajib Dikunjungi Di Johor Bahru

Ini bukanlah satu jalan penyelesaian memandangkan ramai orang menjadi mengemis kerana mereka mempunyai masalah kewangan, menganggur dan mempunyai ketagihan arak dan dadah.

Sekiranya terdapat kegiatan mengemis di Johor Bahru yang ingin dilaporkan, sila hubungi pejabat Kebajikan Masyarakat Johor Bahru di talian 07-2232 606 atau Talian Nur di 15999. Sedikit peringatan, elakkan memberi mereka wang tetapi sebaliknya hubungilah khidmat masyarakat yang dapat membantu mereka.

Sumber : World of Buzz

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here