‘Dragon’ Dalang Sebenar
Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ‘ayahanda’ atau digelar dragon sejak bertahun-tahun lamanya. Dilaporkan, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, sistem sembilan dragon itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai pengaruh ke atas agensi penguat kuasa di negara ini.

Malah, kumpulan itu juga boleh menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.
Punca Tindakan Sukar Diambil
Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan disebabkan pihak atasan organisasi terbabit mempunyai hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan dengan individu-individu penting yang membayar wang ‘perlindungan’ kepada mereka.

Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini mula meminta bantuan daripada kumpulan dragon untuk beberapa urusan.
BACA : Pecah Rekod, Abang Long Fadil 2 Kini Filem Box Office No. 1 Di Malaysia Dengan Kutipan RM 17.9 Juta
Sebagai balasan, kumpulan dragon pula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram mereka. Biarpun ianya melibatkan kegiatan jenayah, tetapi pihak berkuasa perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu.

Individu yang mengkhianati perjanjian akan ditembak mati. Itu menyebabkan pihak berkuasa yang terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan undang-undang negara.
Hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan aktiviti mereka.
Ada Hubungan Dengan ‘Orang Besar’ Di Malaysia
Terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa mereka itu. Kini, terdapat sembilan dragon utama. Kesemua mereka mempunyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi kegiatan sebenar mereka.

Mereka yang mempunyai gelaran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian. Wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.
Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan haram termasuk merasuah pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.
Diharapkan pihak berkuasa, PPIM dan agensi-agensi berkewajipan yang lain dapat berganding bahu bagi membanteras segala kegiatan kongsi gelap dan jenayah di negara ini.
Teruskan layari Deenamik.com dan like page FB Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber :
[…] BACA : PPIM Dapati 9 ‘Dragon’ Ini Adalah Dalang Kepada Kegiatan Jenayah Di Malaysia […]
[…] BACA : PPIM Dapati 9 ‘Dragon’ Ini Adalah Dalang Kepada Kegiatan Jenayah Di Malaysia […]