SPRM vs Politik Wang ?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sememangnya tiada kuasa untuk menyiasat ataupun mengambil sebarang tindakan ke atas individu yang terlibat dengan salah laku politik wang.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki menjelaskan bahawa perkara itu adalah disebabkan Malaysia tidak mempunyai sebarang undang-undang untuk mengawal perbelanjaan politik.

Parlimen juga tidak meluluskan undang-undang yang memberikan panduan kepada ahli politik dan parti politik mengenai politik wang. Malah, Akta SPRM 2009 tidak meliputi kesalahan yang berkaitan dengan politik wang.
Sehubungan dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan sedang menggerakkan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan untuk mengkaji semula undang-undang berhubung dana politik.
Berkemungkinan besar, rang undang-undang mengenai hal itu akan dibentangkan di parlimen tahun hadapan.
Isu SPRM dan politik wang itu muncul semula berikutan kenyataan Lim Kit Siang yang mendesak supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad untuk meletak jawatan setelah beliau gagal mengesan wang rasuah sebanyak RM 1 bilion yang diberikan kepada Kit Siang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaubagaimanapun, SPRM menegaskan bahawa mereka tidak akan membuka kertas siasatan berkenaan isu itu kerana kesalahan tersebut tidak terletak di bawah undang-undang mereka.
BACA : Shafie Apdal Akan Ditangkap Sekiranya Terlibat Seleweng RM1.5 Bilion Duit Rakyat
Baru-baru ini, seorang blogger bernama Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Tun Mahathir pernah merasuah Kit Siang sebanyak RM1 bilion untuk menjadi Pengerusi Pakatan.
Sebagai balasan, Kit Siang tidak akan membocorkan rahsia mengenai skandal Forex Bank Negara, yang berlaku semasa zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja, perjanjian itu juga menuntut supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir diberikan laluan mudah dalam pertandingan merebut kerusi parlimen ketika pilihan raya yang akan datang nanti.
Dedah Raja Petra lagi, Kit Siang kini diberkan RM750 juta dan baki selebihnya akan dibayar sebaik sahaja Mukhriz disahkan menjadi calon.

Turut dilaporkan pada bulan lepas, undang-undang untuk mengawal politik wang yang digelar sebagai Akta Derma dan Perbelanjaan Politik tidak akan dibentangkan di Parlimen buat masa terdekat. Ini kerana akta tersebut sangat kompleks dan memerlukan perbicangan mendalam daripada Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan berhubung politik wang.
Apa-apapun, diharapkan semua pihak yang berkuasa sama-sama berganding bahu supaya undang-undang yang jelas dapat diwujudkan bagi membanteras kegiatan dan salah laku politik wang di negara ini.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Sumber :
[…] BACA : Sejauh Manakah SPRM Berkuasa Melawan Politik Wang Di Malaysia ? […]